Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,
Sedang kita tahu bahawa negara Malaysia terdiri daripada berbilang kaum yang mempunyai keunikan yang tersendiri, contohnya pakaian, makanan dan sebagainya.
Hari ni Arisy nak kongsikan makanan tradisional yang terdapat di Malaysia.
Hmmm...apa yang korang tau tentang makanan tradisional ni??
haaaaa ni dia...."Makanan tradisional adalah makanan dan minuman yang biasa dijamu oleh masyarakat tertentu, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tertentu,
First, jom kita tengok makanan tradisional daripada kaum MELAYU.
Nasi lemak.
Hmmmmm...cuba korang semua tengok gambar tu. menyelarakan bukan?
waaahhh Arisy tengok pon rasa lapar. kejap yee, Arisy nak pi makan sat......
ok sambung balik...
Kuih onde-onde
Kuih ni nama dia kuih onde-onde. Certain orang akan panggil kuih buah melaka..hmmm..... maybe sebab dalam kuih tu ade gula melaka.
kuih ni Arisy selalu suruh ayah Arisy beli waktu bulan puasa. sedaaapppp!!
tak percaya cuba laa rase. haaaa.
Laksa Penang
Ni laksa penang. sedaaaapppp. kalau pergi pasar malam dekat Taman Impian, Kuantan, Arisy mesti singgah dekat gerai laksa Buyung. masyaAllah sedap sangat.
Kuih Lompat Tikam
Kuih Lompat Tikam
waaahhhh kuih lompat tikam ni one of my favourite food...kalau pergi pasar, memang tak akan ter-miss lahh untuk beli kuih ni...masyaAllah sedap sangat.....
Kuih Ketayap
kalau korang suka makan kuih yang ada kelapa, ni laa kuih yang terbaik. hahahha serious....sebab dia ada rasa manis, rasa lemak-lemak, dan wangi...sebab air daripada pokok pandan dimasukkan kat dalam acuan tepung tu sebelum di masak....
Kuih Bom
waaaahhh ni pon kuih kegemaran Arisy actually....kuih bom ni ada banyak inti yang peniaga selalu jual. Antaranya, inti kacang, inti kelapa, inti ikan, dan lain-lain lagi. so delicious kauuuu!!!
kuih lapis
kuih lapis....kuih ni tak semestinya warna sebijik macam gambar kat atas.tp ia boleh di buat menggunakan warna yang lain mengikut kreativiti masing-masing.
Seterusnya, Arisy nak tunjuk kat korang semua makanan tradisional daripada kaum INDIA.
Muruku
ni gambar kuih muruku. sedap rasanyaa. dia rasa maca kari sikit. Arisy selalu makan muruku sambil study dengan buat homework. kadang-kadang kalau rasa penat buat assignment, Arisy makan muruku jugak baru rasa happy. hahahha
Roti canai
hmmmmm.......ni gambar roti canai. Semua ahli keluarga Arisy suka makan roti canai. Tapi, apa yang lagi menarik minat untuk makan roti canai ni bila kita tengok cara pembuatan roti canai...hebat bukan??
Capati
Arisy tak pernah lagi makan capati yang fresh punya. Arisy just makan capati yang segera je. tak rasa nikmat dia..hahahahaha...tapi Arisy bersyukur laa sebab dapat jugak rasa capati tu...hmmmm siapa nak belanja Arisy capati? hahahhaha tak de lah.gurau je....
Ladoo
Ladoo jugak dikenali sebagai manisan daripada kaum india.
makanan tradisional kaum cina pulak yee....
Kuih bulan
ni kuih bulan. kuih bulan akan dihidangkan di setiap perayaan Tahun Baru Cina..
Nasi Ayam Hainan
nasi ayam hainan merupakan makanan cina yang sering dikaitkan dengan makanan malaysia.
Ladoo
Ladoo jugak dikenali sebagai manisan daripada kaum india.
makanan tradisional kaum cina pulak yee....
Kuih bulan
ni kuih bulan. kuih bulan akan dihidangkan di setiap perayaan Tahun Baru Cina..
Nasi Ayam Hainan
nasi ayam hainan merupakan makanan cina yang sering dikaitkan dengan makanan malaysia.
Wahhh blog yang menarik <3
ReplyDelete