KPS2063-Pengurusan Pembelajaran
Assalamualaikum w.b.t. okay hai semua. Saya Noorul Farisyah
Binti Lokman(D20181084262). Saya telah mengambil kursus Pengurusan
Pembelajaran(KPS2014) di Universiti Pendidikan Sultan Idris, perak dan saya
berada di dalam kumpulan I. Nama Pensyarah saya ialah Dr. Zahari bin Suppian. Ok hari ni saya akan
membuat sedikit nota atau ringkasan tentang kursus ini. Haaaa sebelum itu, saya
akan cerita sedikit tentang kursus ini.
Kursus ini
membincangkan peranan guru sebagai pengurus pembelajaran dalam konteks pelbagai
persekitaran pembelajaran. Pelajar yang mengambil kursus ini akan diperkenalkan
kepada pelbagai aspek pengurusan pembelajaran termasuk organisasi,
kepemimpinan, tingkah laku, sumber, teknologi, budaya dan keupayaan. Selain
itu, kursus ini akan mendedahkan pelajar kepada pengalaman sebenar di sekolah
yang akhirnya membolehkan mereka berfungsi secara berkesan dalam semua situasi
pembelajaran.
Topik 1: Sosiologi
dan pembelajaran (Teori-Teori Dalam Sosiologi Pendidikan)
Sosiologi merupakan sebuah bidang ilmu yang
mempelajari tentang manusia sebagai mahkluk sosial dan interaksi yang terjadi
di dalam lingkungan masyarakat secara umumnya. Di sini terdapat 3 jenis teori
sosiologi dalam pendidikan. Antaranya, Teori Fungsionalisme, Teori Konflik dan
Teori Interaksionisme Simbolik.
Þ
Teori Fungsionalisme:
§
Mengkaji perlakuan social atau institusi dalam
kegiatan yang menyumbang kepada penerusan masyarakat.
§
Masyarakat dianggap seperti tubuh yang mempunyai bahagian dengan
fungsiyang tersendiri.
§
Struktur sosial akan menentukan kelancaran,
keharmonian dan perjalanan masyarkat.
Þ
Teori Konflik:
§
Masyarakat yang terdiri daripada kelompok
sosial yang berbagai ragam. Kepelbagaian ini wujud atas dasar perbezaan yang
difikirkan oleh masyarakat sebagai penting. Ini termasuk sebagai perbezaan
jantina, warna kulit dan lain-lain lagi.
§
Setiap kelompok mempunyai tafsiran tersendiri
terhadap baik buruk sesuatu fenomena sosial itu. Dengan itu, moral dan tingkah
laku yang standard adalah berbeza dari segi satu kelompok dengan satu kelompok
yang lain.
§
Konflik antara golongna yang berbeza sering
kali berlaku kerana masing-masing ingin menunjukkan kelebihan mereka sendiri
dan ingin mendapatkan kekayaan , kuasa dan lain-lain lagi.
Þ
Teori interaksinisme Simbolik:
§
Teori ini menunjukkan bagaimana seseorang
mengimpretasikan dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam
masyarakat.
§
Teori ini mengkaji makna simbolik atau makna
yang tersirat secara subjektif dan teori ini melihat bagaimana makna yang
simbolik digunakan dalam interaksi manusia.
§
Makna yang simbolik berguna semasa interaksi
dimana makna-makna berkenaan menyebabkan hubungan bertambah mesra.
§
Manusia membentuk hubungan mellui symbol dan
proses menginteprestasikan symbol yang sangat kompleks.
§
Interaksi sosial amat penting dalam
menghubungkan manusia dengan dunia luar.
§
Kebolehan ini membolehkan mereka memanjangkan
kemungkinan kesan tindakan, menilai kebaikan dan keburukan dan akhirnya
menentukan tindakkan atau aksi yang sesuai.
§
Jalinan interaksi dan aksi membentuk kumpulan
masyarakat.
Rujukan:
3. https://mygcdn1.upsi.edu.my/documents/2019/courses/KPS3014/material/K01947_20190306093747_Topik%201%20Sosiologi%20dan%20Pembelajaran.pdf
Topik 2: Interaksi dan
Pembelajaran(Jenis-Jenis Interaksi)
Interaksi bermaksud proses saling
tindakan antara individu dengan pihak yang lain atau alam sekitarnya. Menurut
Merriam Webster Online Distionary, interaksi bermaksud pengaruh atau aksi dua
hala. Dalam proses ini, seorang individu berinteraksi dengan individu-individu
yang lain atau bahan-bahan di dalam persekitaran dengan tujuan mempengaruhi
satu sama lain.
Þ Jenis-jenis
Interaksi dan ciri-cirinya.
a.
Interaksi satu hala
Interaksi ini berkait rapat dengan
pendekatan/teknik/kaedah/strategi yang digunakan oleh guru di dalam
pengajarannya. Seterusya, Konsep interaksi ini seperti dalam penceritaan,
syarahan dan lain-lain lagi.
Ciri-ciri:
1.
Interaksi ini
hanya ditentukan oleh guru sahaja di dalam kelas
2.
Tiada interaksi
yang berlaku antara murid dan guru, dan antara murid dan murid.
|
|
b. Interaksi dua hala
Interaksi
ini terjadi apabila guru-guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan
cara yang lain seperti perbincangan, pertanyaan dan lain-lain lagi.
Ciri-ciri:
1.
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak
aktif.
2.
Interaksi ini melibatkan guru dan murid-murid.
3.
Interaksi ini amat efektif dan berkesan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
|
c. Interaksi Kumpulan
Interaksi kumpulan ini berlaku apabila aktiviti secara berkumpulan seperti projek,
simulasi dan lain-lain lagi diwujudkan. Interaksi ini diwujudkan bertujuan
untuk menggalakkan penyertaan aktif pelajar dalam proses pengajaran dan
pebelajaran. Seterusnya, Kerja berkumpulan ini diwujudkan supaya pelajar dpt
berinteraksi
sesama mereka dlm perbincangan manakala guru hanya menjadi
pemantau ataupon fasilitator sahaja.
Ciri-ciri:
1.
Aktiviti pembelajaran adalah lebih efektif dan
dinamik.
2.
Interaksi ini melibatkan guru dan murid.
3.
Interaksi ini adalah lebih efektif berbanding
interaksi sehala dan kurang effektif berbanding interaksi dua hala.
|
d. Interaksi
Antara Kumpulan
Interaksi ini
dijalankan selepas sesi perbincangan bersama ahli kumpulan masing. Interaksi ini
dilaksanakan agar dapat bertukar-tukar idea daripada kumpulan lain malah dapat
melatih murid-murid supaya berkomunikasi dengan betul dan lancar. Tambahan pula,
Kumpulan lain boleh mengemukakan soalan kepada kumpulan lain.
Topik 3: Kajian
Pengurusan Dan Pembelajaran(Kepentingan pengurusan dan pembelajaran)
Pengurusan didefinisikan sebagai aktiviti yang teratur atau
sistematik bagi mencari jawapan kepada beberapa soalan khusus yang dikemukakan
tentang sesuatu masalah yang hakikatnya sudah dikenal pasti. (Ahmad Mahdzan,
2004)
Pengurusan ialah suatu proses merancang, mengelola,
memimpim dan mengawal daya-daya usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan
sumber-sumber lain untuk mencapai matlamat yang ditentukan. (Storner, 1984)
Pengurusan merupakan satu proses untuk mendapatkan
kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat. (Robbins, 1984)
Pengurusan merangkumi bagaimana sumber-sumber seperti
kewangan, manusia dan alat-alat digembleng dan digunakan untuk mencapai
matlamat suatu organisasi itu. (SHUKUR, 1988)
Mengapakah pengurusan dan pembelajaran
itu penting kepada anda iaitu bakal seorang guru di sekolah nanti?
Jawapannya adalah kita sebagai guru dapat menambah
pengetahuan tentang bagaimana ingin mengurus sesi pengajaran dan pembelajaran
itu sendiri. Seterusnya, pengurusan ini dapat menambahkan lagi mutu amalan
kerja guru. Dengan pengurusan ini, dia telah menerangkan dan memberi bimbingan
kepada guru dalam aspek pengurusan agar setiap kerja yang dilakukan sentiasa
teratur dan kemas. Selain itu, dengan pengurusan yang cekap pada masa kini, ia
dapat menambahkan lagi nilai produktiviti itu sendiri. Dengan ini, ia akan
lebih bermakna berbanding pengurusan yang tidak cekap dan teratur. Akhir
sekali, kita sebagai guru apabila berkerja bukan sahaj ingin mendidik anak-anak
bangsa supaya jadi orang yang berguna dan cemerlang suatu masa nanti, malah
kerja sebagai guru ini juga tidak lain tidak bukan adalah untuk menggapai redha
daripada Allah s.w.t..
Di dalam
Hadis Rasulullah ﷺ bersabda:
إن الله وملائكته وأهل السماوات والأرض حتى النملة في جحرها ، وحتى الحوت ، ليصلون على معلم الناس الخير. رواه الترمذي (3685
“Sesungguhnya
Allah dan malaikat, penghuni langit serta bumi sehinggakan semut yang
berada di dalam lubangnya dan ikan-ikan (di lautan) berselawat
ke atas guru yang mengajar kebaikan kepada manusia.”
(Hadis
Riwayat Tirmizi (3685) disahihkan Al-Albani.)
Jadi saya ingin simpulkan disini adalah bahawasanya
pekerjaan guru ini adalah pekerjaan yang sangat mulia kerana guru lah
terlahirnya doktor, jurutera, dan sebagainya. Dan guru juga adalah orang yang
tidak pernah jemu untuk menyampaikan ilmu yang ada pada mereka untuk anak didik
mereka.
Topik 4: Kepimpinan Dan
Organisasi(Kepimpinan Guru)
Maksud
kepimpinan:
Kepimpinan bermaksud satu proses
mempengaruhi aktiviti kumpulan dalam usaha menetapkan dan seterusnya mencapai
matlamat organisasi (Stogdill 1950)
Kepimpinan juga bermaksud satu proses
di mana seorang individu secara konsisten memberi lebih banyak impak terhadap
sifat dan aktiviti kumpulan berbanding orang lain (Kellerman 1984).
Kepimpinan merupakan satu proses
memujuk atau mempengaruhi di mana pemimpin atau kumpulan pemimpin mempengaruhi
para pengikut untuk mengambil tindakan yang menjurus kepada pengukuhan matlamat
pemimpin dan matlamat bersama (Sergiovanni 1989).
Maksud
organisasi:
Organisasi dianggotai oleh sekumpulan
individu yang bekerja bersama‐sama ke arah mencapai matlamat yang sama.
Seterusnya, organisasi sebagai satu unit sosial yang mengandungi manusia yang
bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat
setiap manusia itu dan organisasinya. Dan akhir sekali, organisasi merupakan
himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut
unit kerja, yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah
ditetapkan
Kepimpinan
guru
Kepimpinan guru merangkumi 2 jenis
kepimpinan yang lain iaitu, Kepimpinan Bilik Darjah dan Kepimpinan Pengajaran.
Kepimpinan
Bilik Darjah:
Guru-guru mestilah mempunya Kemahiran dalam mengurus diri sendiri dan
berkomunikasi dengan orang lain.
Dalam kepimpinan bilik darjah ini juga
adalah Keupayaan untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan meyakinkan
mereka supaya mengikut visi tersebut (Hook dan Vass 2000).
Ciri-ciri kepimpinan bilik darjah
1.1.1. Membina kefahaman dan visi (diri dan pelajar)
1.1.2. Menilai hasil kerja dan tingkah laku pelajar
1.1.3. Mencipta persekitaran pembelajaran yang
menggalakkan
1.1.4. Menyampaikan visi kepada pelajar dengan
berkesan
1.1.5. Mencungkil potensi dan bakat pelajar
Kepimpinan
Pengajaran:
Kepimpinan Pengajaran ini juga
dikenali sebagai kepimpinan instruksional, kepimpinan kurikulum, kepimpinan
pendidikan. Mengikut De Bevoise pada tahun 1984, Segala tindakan oleh pengetua
atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran
murid-murid. Seterusnya, kebolehan memberi tumpuan kepimpinan, galakan, dan
sokongan kepada guru dan pelajar untuk mengatasi masalah dan memperbaiki serta
mempertingkatkan pengajaran dan pembelajaran di sekolah menurut Abdul Ghani,
Abd. Rahman, Mohammed Zohir pada tahun 2008.
Ciri-ciri Kepimpinan Pengajaran:
1. Merangka
dan menjelaskan matlamat kepada komuniti sekolah.
2. Memantau
kemajuan pelajar.
3. Menggalakkan
peningkatan professional
4. Memberi
insentif.
5. Mengurus
kurikulum.
6. Mengawal
waktu pembelajaran.
Topik 5: Pengurusan
Murid(Memotivasikan Pelajar)
konsep motivasi:
1. Tingkah
laku yang dapat meningkatkan semangat ingin berjaya dan belajar dengan lebih
bersungguh-sungguh.
2. Membangkitkan
respons untuk mencapai tujuan yang ingin dicapai.
3. Motivasi
adalah bantuan daripada guru menyebabkan murid sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh.
Cara meningkatkan motivasi:
Þ Wujudkan suasana bilik darjah yang
kondusif.
Þ Tentukan sasaran pencapaian yang perlu
dicapai.
Þ Libatkan pelajar dalam aktiviti
pembelajaran.
Þ Sentiasa mengeluarkan kata-kata yang
dapat meningkatkan semangat pelajar.
|
Comments
Post a Comment